Ruhul Zikri Jilid Kedua. Petikan Satu hingga Dua Puluh.

بسم الله الرحمان الرحيم

Petikan dari Buku Ruhul Zikri Jilid kedua ini mengandungi sebahagian dari kata-kata Sufi Syeikh Mahmud Al-Majzub pengasas Madrasah Nurul Iman yang dipetik daripada syarahan mahupun nasihat beliau kepada murid-muridnya. Kata-kata Sufi yang diungkap oleh Syeikh Mahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagian daripada kata-kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung mengikut fahaman orang awam.

Mutiara kata yang indah dan bermakna ini juga diharap dengan Rahmat dan Kasih Sayang ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA menangkis tuduhan-tuduhan liar selama ini terhadap ilmu Tasawuf. Semoga petikan dari buku ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa dan mendorong hati untuk menjadi hamba ALLAH yang sehamba-hambaNYA di duniaNYA ini, Insya ALLAH.


  1. Jangan tinggal dengan nafsu. Jangan duduk dengan nafsu. Taslim (berserah) kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.
  2. Jangan redha dengan maksiat. Redhalah dengan Qadha & Qadar ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.
  3. Tutuplah pintu pancaindera yang di bangsakan (ikut) nafsu. Tutuplah pintu hati yang di bangsakan mazmumah (sifat-sifat kebinatangan). Terbukalah pintu Rahmat. Terbukalah anugerah ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA melalui taslim (penyerahan).
  4. Tolak hajat (kemahuan) sehingga ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA beri faham.
  5. Perkara yang kita kurang puas hati jangan kritik ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.
  6. Kedatangan sombong jadi nafsu. Perasaan sudah lama mengikuti (perjalanan) jadi nafsu.
  7. Buatlah istighfar, selawat, dan zikir. Lambat atau cepat (diri terbentuk) mengikut tekanan masing-masing.
  8. Terasa penat! Susah! Itu disebabkan nafsu tidak berupaya. Ibarat (seolah-olah) mendahului ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA apabila di datangi tekanan. Sebab itu kalau hendak berjalan (ikut perjalanan Sufi), jangan ikut nafsu! Ikutlah Al-Quran & As- Sunnah.
  9. Ikhlas adalah rahsia. Selagi ada rungutan. Selagi terasa sudah lama dan sebagainya. Tanda belum dapat lagi (Tawakkul Mutlaq & Tauhid Mujarrad). Itu tandanya kurang ikhlas.
  10. Rahsia anak kunci kejayaan guru adalah ikhlas dengan ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.
  11. Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu dengan selawat, istighfar dan zikir. Bacalah surah Alam Nashrah jikalau datang perasaan jemu dan bacalah surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa bercelaru dan berserabut.
  12. Orang buta kena gila penuh (yakin sepenuhnya) dengan orang celik. Barulah boleh berjalan. Jangan soal mati atau hidup.
    Wali ALLAH bukan maksum, jadi jangan tertipu kerana melihat Syariatnya.
  13. Melihat kesalahan dan kelemahan guru adalah hijab bagi murid.
  14. Pelajaran ilmu Tauhid (mengenai Sifat Dua Puluh – Usuluddin) hanya untuk mengawal akal. Bagi menumpukan kepada kalimah “LA ILA HAILLALLAH”.
  15. Macam mana ALLAH hendak beri Rahmat kepada kamu? Kerana kamu “Biadap Dengan ALLAH!”
  16. Kerohanian, tidak dicari dengan akal tetapi dengan bertaqwa. Bila datang alamat kerohanian kena tolak dulu, sehingga ianya datang bertubi-tubi, buatlah sembahyang istikharah supaya pasti.
  17. Apa-apa yang kita dakwa dari kerohanian kita, mesti ada bukti selepas itu. Tujuan (latihan) kerohanian ialah (untuk mendapat) sembahyang khusyuk. Sebagai anugerah dari ALLAH.
  18. Rahmat ALLAH datang dengan menendang atau meninggalkan nafsu.
  19. Bila timbul krisis (persilihan pendapat), perkara ini kena rujuk kepada ALLAH. Kalau ada Rahmat melalui saya. Saya akan selesaikan dengan Rahmat ALLAH.
  20. Krisis mesti berlaku dikalangan Sahabat Radiallahu anhum kerana tidak sama darjah pemikiran.