Petikan Dua Puluh Satu hingga Lima Puluh.

  1. Orang yang buta mata hati. Hal-hal dunia dia boleh buat bermacam-macam. Kereta yang beranika bentuk, pakaian yang berfesyen-fesyen dan bangunan yang pelbagai bentuk. Tetapi jalan ke akhirat mereka tidak boleh buat pula.
  2. Taslim (penyerahan). Menunggu lakonan-susunan Allah. Tidak kempen, tidak halau, tidak cepat, tidak lambat, tidak hendak sikit, tidak hendak banyak, tidak kira lama dan tidak kira baru. Tidak mahu jadi, tidak mahu tidak jadi, tidak kalau boleh dan tidak kalau tidak boleh!
  3. Nafsu sentiasa menarik kepada ammarah untuk duduk setakat lawwamah pun tidak di beri.
  4. Buatlah sesuatu bukan berasa kerana hendak untung dan bukan takut mengalami kerugian.
  5. Mutmainnah itu ialah nafsu yang duduk atas garisan syariat. Sentiasa memikirkan jalan, bagi mendorongkan manusia ke jalan Allah s.w.t.
  6. Apabila mendapat mutmainnah. Penyakit penat akan hilang.
  7. Kalau raja (pemerintah) lupa Allah dan rakyat lupa Allah maka kedua-duanya masuk neraka.
  8. Budak-budak gila dengan cara budaknya. Remaja gila dengan cara remajanya. Orang muda, gila dengan cara mudanya. Orang tua gila dengan cara tuanya, yang ini lagi teruk! Janggut dah putih tidak sedar-sedar lagi. Tidak ingat mati. Alamat hendak masuk neraka!
  9. Iblis pun berzikir. Dalilnya dalam surah Sod (ayat 82) iblis menyebut fabi izzatika (hingga akhir ayat) (Demi KebesaranMu aku akan menyesatkan mereka semua). Dia minta dengan kebesaran Tuhan.Tetapi iblis tidak istighfar dan selawat.
  10. Pada tiap-tiap lapisan langit ada penjaganya.
  11. Dalam merebut takwa, hendaklah kita pentingkan diri kita dahulu.
  12. Saya tidak boleh tarik sesiapa. Kalau boleh, saya tarik anak dan isteri saya dahulu. Saya hanya sekadar memberi galakan dan dorongan sahaja.
  13. Saya hendak bersahabat dengan orang yang ikhlas dan orang yang berani.
  14. Saya yang diberi amanah oleh Allah di muka bumi ini pun saya berasa masih banyak melakukan silap. Saya juga tidak tahu, di mana Allah hendak letakkan saya di akhirat nanti. Di syurga atau neraka.
  15. Tidak ada sebab kamu tidak mati, pasal malaikat maut pun akan mati.
  16. Ada orang mengadu kepada Hadrat Tok ayah. “Ayah! saya kadang-kadang berasa sayu, sedih, hancur hati dengan Allah semasa dalam halqah zikir. Kadang-kadang berasa  tawar, berat dan malas hendak zikir. Saya berasa risau”. Tok ayah menjawab. “Tidak mengapa, yang pentingnya kita istiqomah. Allah hendak tengok kita bersunguh-sungguh sahaja”.
  17. Di dalam perjalanan Ahlullah, orang yang masih terbelengu dengan hawa nafsu di kira budak-budak lagi, walaupun janggutnya sudah putih!
  18. Budak-budak hendak buat baik, takkan saya hendak halang. Tetapi fahamilah bahasa saya, budak-budak hendak buat baik!
  19. Kita jangan di perbudak-budakkan oleh budak-budak penjajah. Budak-budak penjajah lebih ganas daripada penjajah. Dia melayu tetapi perangai seperti orang England. Dia melayu tetapi perangai seperti orang Amerika. Dia melayu tapi perangai seperti orang Jepun.
  20. Kalau berzikir sahaja tetapi tidak selawat, tidak akan meningkat. Beristighfarlah paling kurang 100 kali sehari. Selawat pula kena lebihkan.